Counter Hit

About Me

My photo
menyediakan perkhidmatan : rekaan grafik (graphic design)yang eksklusif seperti :Invitation Card: :Letterhead: :Bunting/Banner: :Supply: :Felt Fabric Craft: :Poster: :Flyers: :Brochure: Jika berminat sila hubungi: E: myminiworld3@gmail.com T: 014 211 1192 atau 017 914 1442 FB search : Printing Myminiworldstudio

FORM ORDER

Nama Pelanggan
email
No. Telefon
Code Card [rujuk price list] C6UA [182mm X 83mm]
C6UB [166mm X 91mm]
C6UC [182mm X 110mm]
C3UA [90mm X 83mm]
C6UB [210mm X 297 A4]
C4UA [182mm X110mm]@ [216mm X 90mm]
Jenis kad dua pihak 1 kad
1 pihak sahaja
Kuantiti Kad
Jika anda tidak dapat memuat turun borang tempahan di ruangan 'ORDER n Bayaran', sila klik untuk minta.. Ya,email kan kepada saya borang tempahan.
Tidak, saya dapat memuat turun borang.

Nota Kaki:

Sila pastikan tempahan kad dibuat sebulan atau dua bulan selewat-lewatnya sebelum tarikh pengedaran kad kahwin / tarikh perkahwinan anda. Ini bagi memastikan anda dan pihak kami tidak mengadapi masalah kelak. Terima kasih..

 

Bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM 50 untuk artwork dan kos penghantaran mengikut kawasan anda [jika berkaitan]  

nama waris pengantin lelaki (cth : Adnan bin husin & Roziah binti mohd)
tarikh majlis
Lokasi Majlis (Alamat)
Turut Mengundang
Untuk dihubungi
nama waris pengantin perempuan(cth : Adnan bin husin & Roziah binti mohd)
tarikh majlis
Lokasi Majlis (Alamat)
Tutur Mengundang
Untuk Dihubungi
Maklumat Tambahan (cth : Doa Pengantin, Pertukaran Tajuk Kad, Pilihan Warna Kad)

Form provided by Freedback.

Gossip n Tips





LINK YANG BOLEH ANDA LAWAT UNTUK PERSEDIAAN KAHWIN









Apa yang Orang Bujang Mesti Tahu Tentang Kos Kahwin ?

Anda tahu perkahwinan tu yang paling penting adalah ijab, qabul, anda, pasangan anda, saksi dan wali. Err… dan juga sijil pra-perkahwinan dan ujian HIV.
Maskahwin boleh hutang tapi siapa berhutang janganlah bernafsu sangat untuk sentuh-sentuh anak dara orang oooi …

Mengadakan kenduri kahwin adalah perkara yang sangat dianjurkan sekalipun hanya dengan menyembelih seekor kambing. Tetapi budaya di Malaysia, susahlah nak cukup dengan perkara macam tu sahaja.
Mari kita lihat apa yang perlu anda sediakan beserta ongkosnya sekali.
(Ini adalah kos anggaran untuk kebanyakan daripada kita. Status Siti Nurhaliza tidak masuk ya.)

Kos # 1 - Maskahwin


Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah, tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. Kalau berhutang, isteri ada hak kata, “Nehi kanda…!” bila anda cuba usik-mengusik.

Kos # 2 - Duit Hantaran


Ini bergantung kepada keluarga. Masa kini wang hantaran adalah RM 10,000. Level Diploma pun diorang dah mintak begitu tau sekarang.
Ada juga keluarga ikut nilai hantaran seperti mana yang telah ditetapkan sebelum ini macam perkahwinan kakak / adik  perempuan sebelum ini.
Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.
Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.



Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan 

lain-lain.


Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.
Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

Kos # 4 - Barang hantaran lain


Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.
Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop.
Sediakan lah sekitar RM 1,000 - RM 2,000 untuk barang hantaran standard.
Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

Kos # 5 - Baju nikah


Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami isteri.
Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.
RM 200 - RM 600.

Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin


Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je. Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.
RM 1,000 - RM 2,500.

Kos # 7 - Mekap


Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 200 - RM 500.

Kos # 8 - Set Pelamin


Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh dapatkan secara berasingan.
RM 500 - RM 1000.

Kos # 9 - Jurugambar


Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari istimewa anda bukan ?
RM 1000 - RM 3000

Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi


Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.
Kos sekitar RM 150-RM 500

Kos # 11 Kad Jemputan


Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.
Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?
Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.
RM 500 - RM 3,000

Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah





RM 17,550






Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan ini kenduri untuk anda.

Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan


Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.
RM 2,500 - RM 10,000 tp kat kampung rm 1000 pun ade


Kos # 13 Duit makan kenduri


Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung sebahagian oleh duit hantaran.
Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga kerja.
Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah cukup 
rendah dah tu.
Di kampung2 lebih jimat, di sebab kan masih mengamalkan rewang2. 

RM 5,000 - RM 20,000

Kos # 14 Bilik pengantin


Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.
Ada keluarga yang dah ada “bilik pengantin” khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan adik-beradik lain yang akan berkahwin, maka “pengantin baru” akan menghuni di situ.
Yang kena beli semua, ingat murah ka? Nk jimat suruh makcik-makcik/ sedara atau mak kamu je lah deco, kn senang..

RM 1,500 - RM 5,000.

Kos # 15 Doorgift


Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.
Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah 1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.
RM 1000 - RM 3000.

Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi


Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?
Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.
Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya. Itu yang kadang-kadang mereka “menolak” pelawaan anda.
Ia berbeza mengikut lokasi.
Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

Kos # 17 Contigency


Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.
Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.
Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.


Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin
RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)
Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

RM 15,500

Dan, kos untuk kecemasan

RM 3,000

Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

RM 36,050
Haaa!!
Umak Aih!
Psst. Tutup mulut tu abang long.
Amacam ?
Berani beli kereta baru ?
Berani simpan 10% je dari pendapatan bulanan ?
Berani tak mahu buat business part time ?
Berani tak mahu belajar investment ?
Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

RM 18,000

Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga. Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan dan suka menambah liabiliti tu.







BAKAL SUAMI ISTERI, kat sini kita orang nak share pe benda yang bakal2 suami isteri ni perlu buat bila dah tetapkan tarikh nikah korg, dalam masa 6 ke 3 bulan  dah boleh mula prepare hal2 kahwin...


CHECKLIST KEBENARAN KAHWIN



* Sijil Kahwin

Sapa2 yang tak g kursus kawin lagi tu, g la cepat2.. tak rugi pun g awal2, g awal tak la kelam kabut kemuadian hari. Sijil ni tade pun expiry date , Sijil sah laku sampai la JAKIM buat pindaan modul kursus kahwin yang ntah bila ntah nk pinda. 


+nota kaki 
RM80 yuran g kursus 1 hari setengah, [sabtu n ahad] - kat KL la,
[negeri lain yang murah kut..hmm....] rujuk : http://www.lppkn.gov.my



* Kadi

Bila dah ada sijil kursus kahwin, boleh la g jumpa Tok Kadi, at least 6 bulan sebelum tarikh nikah tu, korg dh p jumpa tok kadi utk 'BOOK' tarikh nikah korg, kang tak pasal 'FULL BOOKED' dah kena tukar pulak tarikh nikah kan..


* Mohon Borang Kebenaran Berkahwin

Pastu korg g la Pejabat Agama Daerah untuk mintak BORANG KEBENARAN BERKAHWIN. Ada sesetengah Pejabat Agama tu ade borang yang korg leh download je dalam website dia orang. So, pandai2 la korg surf website pejabat2 agama ni, tapi kebanyakan nya korg kne g pejabat agama daerah n apply borang kat pejabat tu ler...

+nota kaki 
kalau pasangan korg asal nye dari negeri yang lain, korg kne la mintak borang kebenaran tu kat negeri masing2 okeyh.. bagi girls, korg kne mntk borang kebenaran kahwin tu kat negeri mana korg nk buat akad nikah.

untuk lebih detail, sile rujuk pejabat agama.


* Isi Borang

Lepas dah ambil borang tu, for sure la korg kena isi n lengkap kn borang tu, Tapi, sebelum boleh dilengkapkan, korg kena tunggu pihak lelaki yang settle kn dlu borang dorg, lepas tu baru pihak perempuan pula lengkap kn dan submit kat Pejabat Agama tempat korg nak akad nikah tu. Lengkap dengan tandatangan dua saksi.


* Lulus HIV Test

boleh di buat di klinik atau hospital [kerajaan atau swasta]. 

+nota kaki 
HIV Test ni sah laku dalam 3 bulan sebelum akad nikah. So, pandai2 la korg budget nak buat bile ek..


* Surat Akuan Bujang

Surat akuan bujang ni korang boleh mntk kt HR korg, suruh je dorg buat kn. Pastu kne la dapat pengesahan dari Boss korg. Atau korg boleh minta pengesahan dari ketua kampung.


* Submit Borang

pas HIV TEST dh LULUS, BORANG KEBENARAN KAWEN korg, [pihak lelaki n perempuan] dah lengkap, ko kne SUBMIT semua2 borang tu kat PEJ. KADI @ pej. agama daerah untuk mntk tandatangan, nnt KADI tu snd yg pass BORANG2 tu semua kat Jabatan Agama Negeri, proses nak tunggu tu boleh tahan la lama nya, [mungkin makan masa seminggu]. 


Sekian.............<3 <3







http://www.panduanpengantin.com/pakej/
http://syokkahwin.com/blog/tag/bajet-kahwin-excel/
http://setelkahwin.com/blog/20-tips-jimat-untuk-kurangkan-bajet-perkahwinan/



KETAHUI BAJET KAD ANDA



Bakal-bakal pengantin dinasihatkan berhati-hati bila membuat tempahan kad kahwin dengan mana-mana kedai kad kahwin. Tidak semestinya kedai online seperti kami hasilnya tidak sempurna dan bukan semua kedai yang ada dapat memuaskan hati bakal pengantin.

Jika anda pergi ke kedai kad kahwin apa yang perlu anda lakukan?


1-Tanya tentang harga kad
Tanya samada harga termasuk percetakan, artwork, peta, sampul dan penukaran kerana ada kedai kad kahwin yang tidak memaparkan harga sebenar kad kahwin. Terdapat banyak harga tersembunyi seperti penambahan peta RM40 la, tambah 2 pihak kena lagi RM30!! dan ada juga harga yang tidak termasuk percetakan dan sampul putih. Ini boleh menjatuhkan perniagaan kad kahwin peniaga lain. Jangan tertipu dengan promosi-promosi di majalah atau website yang meletakkan promosi harga gila-gila seperti 'KAD KAHWIN serendah 10sen sekeping'. Perhatikan iklan itu betul-betul atau hubungi mereka untuk mendapatkan kepastian tentang harga mereka. Biasanya mereka akan letakkan harga-harga tersembunyi dengan tulisan yang sangat kecil.


2-Kurangkan kos Kad Kahwin
Nasihat kami jangan buat kad kahwin 2 kali!! Contohnya, buat kad kahwin untuk orang kampung 500pcs, kemudian buat kad kahwin VIP 50pcs. Sebenarnya ini adalah tindakan yang kurang bijak kerana sebenarnya anda boleh buat kad yang lebih cantik dan menarik untuk semua tetamu anda. Biasanya bakal pengantin akan buat kad kahwin photostat untuk orang kampung 500pcs atau lebih tetapi kad VIP hanya 50pcs. Jika anda kira semula kos sebenar, anda boleh buat kad kahwin VIP yang sederhana cantik untuk semua tetamu.
Katakan anda buat kad fotostat 500pcs dengan kos RM300. Kemudian anda buat kad kahwin VIP 50 pcs dengan kos RM3.00 sekeping = Rm150. Kos kad kahwin anda ialah RM450. Jika anda tambah lagi RM50 anda boleh dapat kad lipat 2 yang sederhana cantik untuk 1000pcs.


3-Beli template kad kahwin / buat kad kahwin sendiri
Ini juga tindakan yang kurang bijak kerana anda bukanlah designer/pereka. Jika anda membeli template berharga RM50, anda perlu design peta anda sendiri, perlu diingatkan anda juga perlu mahir dengan perisian grafik seperti photoshop dan illustrator. Adakah anda mahu hasil kad kahwin anda hanya dibuat di microsoft word/powerpoint?? Sudah tentu hasilnya kurang menarik. Setelah artwork siap, anda perlu memikirkan pula tentang kos percetakan. Mungkin anda boleh cetak di pejabat, tetapi artwork kad kahwin perlu di'setting' supaya muka depan dan belakang sama tempat lipatannya. Ini akan membuatkan kad kahwin anda kelihatan tidak berapa menarik.

Setelah anda berjaya mencetak, anda perlu membeli sampul kad kahwin pula dengan kos RM50 untuk 1000pcs. Tidakkah ini memenatkan dan hasilnya tentulah tidak seperti yang anda inginkan



TIP

Di sini digariskan beberapa tip yang diberikan oleh Perrsatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) seperti yang terkandung dalam buku panduannya mengenai Kewangan Perseorangan.

Mewujudkan bajet perkahwinan
Bajet sudah tentu adalah satu kemestian dalam merancang perkahwinan anda. Perbelanjaan atau kos boleh turun naik di luar kawalan jika anda tidak mendokumenkan segala benda yang anda beli. Tetapi soalannya, bagaimana untuk menentukan apakah perkara yang diperlukan untuk perkahwinan anda. Di sini ialah bagaimana anda boleh melakukannya:

* Berbincang dengan pasangan anda
Berbincang dengan bakal pasangan hidup anda bentuk perkahwinan bagaimana yang anda berdua dambakan. Adakah majlis itu ingin diadakan di sebuah taman atau di sebuah dewan? Pastikan anda mencapai keputusan yang dipersetujui bersama. Kemudian, teruskan untuk berbincang mengenai tempat, pakaian, makanan, jemputan dan sebagainya.

* Memberi keutamaan mengikut yang disenaraikan
Sememangnya, perkahwinan adalah hari penting buat anda. Tetapi cuba renung sejenak. Anda mempunyai bajet terhad untuk melakukannya. Jadi cara terbaik ialah dengan memberi keutamaan terhadap perkara-perkara penting dahulu.
Misalnya, adakah menyewa kereta perkahwinan lebih penting daripada muzik? Idea di sini adalah untuk anda mencari jalan menjimatkan belanja tanpa mengorbankan impian anda. Seandainya, muzik lebih penting untuk anda, jadi anda mungkin boleh memilih sebuah kereta Honda berbanding Jaguar sebagai kereta perkahwinan.

* Tahu siapa bayar untuk apa
Ia juga boleh membantu untuk mengetahui siapa yang membayar untuk beberapa perkara bagi majlis perkahwinan anda. Untuk melakukannya, adalah lebih baik untuk bertemu dengan kedua-dua belah pihak bagi mengetahui jika ada adat tradisi yang harus dilakukan. Jika tiada, mungkin anda berbincang bagaimana kedua-dua belah pihak boleh berkongsi perbelanjaan.

* Ketahui status kewangan anda
Kira berapa banyak wang yang anda miliki. Berapa banyak yang anda fikir anda perlukan untuk perkahwinan itu dan berapa banyak pula yang anda perlu simpan?

* Usahakan cara untuk mendapatkan wang
Buat satu pelan untuk menjimatkan wang yang diperlukan untuk perkahwinan itu. Salah satu perkara yang boleh diusahakan ialah dengan mewujudkan akaun bersama semata-mata untuk tujuan perkahwinan. Anda berdua kemudiannya boleh mendepositkan wang anda secara kerap. Berdisiplin dalam melakukannya, jika tidak anda tidak mampu untuk mencapai sasaran anda.
Anda juga mungkin boleh memikirkan untuk menjual amanah saham atau saham jika perlu kerana ia adalah lebih baik daripada anda mengambil pinjaman peribadi daripada bank.

* Bahagikan bajet anda
Bahagikan bajet anda mengikut keutamaan. Pada umumnya, majlis perkahwinan anda akan menelan belanja sehingga 50 peratus. Pakaian pengantin, fotografi dan bunga-bungaan, masing-masing boleh menelan belanja sehingga 10 peratus dan baki 20 peratus pula pergi kepada beberapa hal seperti kad jemputan, sewa kereta dan sebagainya.

* Dapatkan sebut harga daripada pembekal
Tujuannya adalah untuk mendapatkan harga terbaik bagi perkhidmatan yang ada mahukan. Oleh itu, dapatkan sekurang-kurangnya daripada tiga orang pembekal untuk sesuatu perkhidmatan. Perolehi sebut harga daripada kedai bunga, kedai gambar, katerer, perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya. Kemudian bandingkan harga yang ditawarkan.

* Pilih pembekal anda
Kadang-kadang, harga bukanlah faktor penentu untuk anda memilih pembekal. Kualiti sesuatu perkhidmatan dan cara mereka mengendalikan anda sebagai pelanggan juga wajar diambilkira. Oleh itu, ketemui mereka dan bersedia mengajukan soalan.

* Dapatkan jumlah dengan betul
Sekarang setelah anda sudah mempunyai bajet yang tepat untuk setiap barangan atau perkhidmatan dalam senarai anda, perkara seterusnya ialah mencatatkan kos sebenar untuk setiap barangan bersebelahan dengan kos jangkaannya. Ini adalah untuk anda membuat perbandingan bagi mengetahui sejauh mana yang anda boleh membelanjakan wang anda untuk barangan tersebut. Anda juga boleh membuat pindaan jika perlu.

* Simpan semua rekod atau catatan
Simpan semua rekod, perjanjian, resit dan baucar di tempat yang selamat. Jika perlu, bayar dengan kad kredit. Ia amat penting digunakan bagi memudahkan anda membuat bantahan atau menyangkal jika ada sangsi dengan pembayaran tersebut.

* Semak bajet anda
Sebulan sekali, semak bajet anda untuk memastikan ada berada di landasan yang betul. Bila tarikh perkahwinan sudah hampir, anda mungkin mahu melakukannya setiap minggu memandangkan anda perlu membuat pembelian dan tempahan.

Seelok-eloknya cuba usahakan sebuah majlis perkahwinan yang memenuhi keadaan kewangan anda. Biasa juga berlaku, majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran yang menjangkaui keupayaan kewangan dan akhirnya kemelut kewangan membelenggu kehidupan baru untuk tempoh yang agak panjang.

Bersederhana dalam hal ini. Elak mengambil pinjaman peribadi daripada bank kerana jumlah pinjaman yang tidak sewajarnya boleh mengheret anda membuat pembayaran sehingga anda mendapat anak yang ketiga. Ketika itu, tanggungjawab kewangan anda sudah menjadi satu bebanan dan jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan yang tenat.
Hakikatnya, majlis perkahwinan sepatutnya menjadi acara yang meriah, bahagia dan mampu memahat kenangan indah. Jadi, apa jua bajet yang anda ada, pastikan ia berada pada landasan yang betul.

Sudah tentu anda tidak mahu membayar bil-bil yang tinggi pada bulan pertama perkahwinan anda, kan?